Wednesday 25 June 2014

EMPAT ALUMNI BERSARA BULAN JUN 2014

PUAN HAJAH JUNAINI BINTI MOHAMED JAAFAR
Setelah 33 tahun 1 bulan 26 hari berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan sebagai seorang guru kini Hajah Junaini bin Mohamed Jaafar pun bersara dari perkhidmatannya. Majlis persaraan beliau disambut meriah pada 25 Jun 2014 di Dewan SMK Tunku Abdul Rahman Putra , Sabak Bernam bermula jam 9.00 malam.




Hajah Junaini dirai persaraannya bersama dua rakan yang lain iaitu Puan Halijah Jadi dan Tuan Haji Mohd Zuhir bin Md Zain.

Bersama suami tersayang : Tuan Haji Mohammad Shafii Bakri

TUAN HAJI ISNAINI BIN SANUSI
Tuan Haji Isnani bin Sanusi dilahirkan pada 31 Ogos 1957 namun beliau memilih untuk bersara pada 26 Jun 2014 yakni setelah berkhidmat selama 34 tahun 1 bulan 26 hari dalam Kementerian Pendidikan sebagai seorang guru. Jawatan terakhir beliau adalah Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Utama. Majlis persaraannya diadakan pada tarikh tersebut di Dewan Lestari SK Seri Utama Sungai Besar bermula jam 9.30 pagi.


 Menerima watikah persaraan dari PPD Sabak Bernam


Bersama rakan seangkatan yang kebanyakannya telah bersara




PUAN HAJAH NOR AYEZATI BINTI AWANG
Beliau sepatutnya mulai bersara pada 1 Julai 2014 ini namun memandangkan tarikh tersebut berada dalam bulan Ramadhan maka sambutannya diadakan awal iaitu pada 26 Jun 2014. Majlis berlansung di Dewan SK Sapintas Sabak Bernam bermula jam 8.30 pagi.


Majlis bersama murid pada 25 Jun 2014



Disandingkan bersama suami: Haji Jamaluddin bin Masri


HAJAH SUFIAH BINTI HAJI ANUAR
Beliau sepatutnya bersara pada 4 Julai 2014.Walaubagaimana pun majlis persaraan diadakan awal pada 27 Jun 2014. Ringkas tetapi penuh makna bagi pesara Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam ini.


Memotong kek hari lahir




No comments:

Post a Comment