Sunday 26 January 2014

MAJLIS WALIMAH ALUMNI JANUARI 2014

Sepanjang bulan Januari 2014 ini ramai alumni mengadakan majlis walimah mereka antaranya: Baharuddin bin Ibrahim, Haji Isnaini bin Sanusi dan Husainuddin bin   Lihatlah antara tetamu alumni yang hadir.


    Walimah Haji Isnaini bin Sanusi
                                  26 Januari 2014

 
 Mereka hadir awal iaitu pada 25 Januari 2014 


 Di perkarangan rumah Haji Isnaini Sanusi
Dewi Zubaidah binti Jupri bersama bondanya

 Tuan Haji Isnaini Sanusi dan isteri: Hajah Hasimah Haji Mokhtar senyum dengan pakaian sedondon ketika menyambut tetamu

Turut hadir Haj Mohd Shafii Bakri dan Haji Razali bin Awie






 Walimah Baharuddin bin Ibrahim
26 Januari 2014
 
 Haji Muhamud bin Rafiai hadir awal bersama isterinya pada 25 Jan 2014




 Antara lain yang hadir awal, maklumkah kenduri banyak sangat yang serentak.




Tetamu terakhir : Tajudin Talib


Walimah Dato Haji Husainuddin bin Samsudi : 26 Januari 2014

Dato Haji Husainuddin bersama isteri: Datin Norlaili

Antara alumni yang hadir di majlis walimah Dato' Husainuddin




Puan Norlina Abdul Hamid dan suami turut hadir (Kiri)

Seronok jumpa kawan lama











Tuesday 14 January 2014

NOVEL SURATAN KARYA NOORLAILA ABDUL GHAFAR

Tatkala Allah menyembunyikan sang suria, Dia mendatangkan gugusan hujan. HambaNya menangis teresak-esak kerana kehilangan sinar.Sebenarnya Dia mahu menghadiahkan hambaNya warna-warna pelangi nan indah yang tidak tercapai dek akal insan biasa.Itulah yang melanda May Ling .Dia diuji Allah tatkala suaminya berkahwin lain. Pernikahan tanpa pengetahuan dan restunya. Remuk redam hatinya kala berita itu singgah di telinganya. Dia hilang keyakinan diri,putus harapan dan ditimpa kemurungan yang berpanjangan. Konplik dengan suaminya,Abdul Razak berterusan sehingga memberi kesan terhadap anak-anaknya.May Ling berusaha bangkit demi anak-anak yang setia mendoakannya dan memberi sokongan moral kepadanya. Namun mampukah May Ling menerima madunya sebagai sebahagian daripada kehidupannya.Setabah manakah dia melalui dugaan dengan suami yang berpoligami. Semuanya tersurat dan tersirat dalam Suratan.





Novel ini karangan Hajah Noorlaila binti Abdul Ghafar rakan Alumni SUA SPM 1974.Diterbitkan oleh DBP pada akhir tahun 2013 dan dijual pada harga RM18.00 sebuah.

Manuskrip novel SURATAN ini telah diangkat sebagai pemenang Hadiah Penghargaan dalam pertandingan menulis novel berunsur Islam: ANUGERAH SASTERA DARUL IMAN DISEMBER 2008 anjuran PELITA dan GAPENA.

Jom kita baca karya berkualiti rakan kita ni.


Friday 10 January 2014

PERSARAAN HAJI MOHD NASIR ABDULLAH

Rakan alumni SPM 1975: Haji Mohd Nasir bin Abdullah mulai bersara pada 9 Januari 2014.Sekolah yang terakhir beliau berkhidmat ialah SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam, Selangor.Beliau menamat perkhidmatan setelah lebih 30 tahum bertugas dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketibaan Haji Mohd Nasir disambut meriah beserta paluan kompang



Acara simbolik menanam pokok sempena hari persaraannya.


Dengan sebahagian cendera hati yang diterima

Majlis persaraan diadakan di dalam dewan yang baru siap dibina tahun lepas.

Punch Card kali terakhir...sedih

Upacara potong kek hari lahir..

Salam terakhir

Inilah keluarga bahagia Tuan Haji Mohd Nasir

Jasamu tetap dikenang



Monday 6 January 2014

KARYA ALUMNI 40 TAHUN LALU

Melalui koleksi majalah sekolah yang berada dalam simpanan Haji Isnaini bin Sanusi saya terjumpa artikel ini. Semoga alumni yang berkenaan dapat mengenali karya masing-masing.

                    



                  


                   

Foto tertera adalah pengarang sebenar karya tersebut. Karya mereka tersiar dalam Majalah SUA 1973/74.
Tahniah dan syabas.


Saturday 4 January 2014

PUISI : KAMI ANAK SUA

Dalam kesibukan dan persiapan menjelang Majlis Perjumpaan Alumni SUA SPM 1974-75 , sempat juga Dr Haji Mashudi bin Bahari menyiapkan puisinya yang berjudul 'Kami Anak SUA 'Alhamdulillah dengan lengkap berpakaian Melayu beliau mendeklamasikan sajaknya di majlis tersebut.Tahniah dan syabas atas kesudian memberikan sumbangan nukilan istimewa itu.


KAMI ANAK SUA
Sewaktu waktunya kami  bernaung di bawah pohon batu ini
Gagahnya menyemai benih minda pelangi ... kami diajari
Ketika remajanya usia menempa kehidupan
Berjar-jar kami mengejar  apa yang diajar
Lantaran kami  bernama pelajar di belajar di sini
Empat dekad  berlalu

SUA  dahulu kami di sini 1974-1975
SUA kini kami kembali  2013
Nostalgia berlautan pengalaman suka duka derita nestapa
Riang- ria, gumpita langkah  kami tinggal dan titipkan
SUA..namamu kami  pahat dan tulis di hati  dalam jiwa bersemi
Keranamu SUA meremajakan kami terdidik  menjadi cerdik
Keranamu SUA memudik dan menghulu-menghilirkan  lancang berkemudi
Kita tinggalkan lilitan kasih terbina, namun tidak pula terlerai

............... jauhnya kita dari dermaga , menambat kehidupan di perantauan
.............. berkerjaya, menghirup udara melata, nun jauh berkelana
SUA  kini ...
Kami pulang menampi kisah dan kasih terpaut
Menjejak kasih teman semeja, sepermaian, sekelas dan sezaman
Jenuh dan jerih sepelaungan seru rohmu SUA, rupanya kami datang bertandang
Diundang kerinduan teman-teman berteman-teman pula
Diusungnya Sang Isteri, ditemeni Sang Suami, sederet anak, sedenak cucu

SUA..senyumlah dikau kami kembali
SUA..kuntum bibirmu mekar menyala
SUA..lerekan matamu pandang tiada jemu
SUA..wajahmu wadah tatapan resah hilang kerinduan
SUA ..bukalah pintumu seluas samudera , kami berbahtera
SUA..izinkan kami jelajahi panorama berirama sewaktu kami di sini
SUA..kini kami sudah mulai usia senja, setangah abad kami belum berehat
SUA..kad merit telah kami catat satu persatu, maka kami ingin bersatu
SUA..kami bermunajat, semoga rohmu menjadi inspirasi genarasi sejagat
SUA..kami berfirasat, baktimu penuh berkat
SUA..pasrahmu dahulu kepada kami , sudah kami tunaikan janji, menjadi insan murni
SUA..Dunia dan akhirat kami berbakti, semoga Allah limpahi rahmat tidak terperi
SUA..pelangi kehidupan kami  menjadi satu memoriable, diukir di maya
.........kami tidak berkelana merana merintih masa lalu
.........kami nkmati rahmat Ilahi, kami syukuri
SUA..mana  murabbi para guru kami?
.........merekalah merekacipta kehidupan kami mendatang
.........merekalah menyantuni, mendidik  kami  jadi cerdik
.........merekalah suluh menyuluh kami menjadi ampuh teguh
.........mereka telah pergi mendahului kami ke makam terpuji
.........al-Fatihah kami kirimi, renjisan doa, mawar setanggi syurga bersemadi
..........jasa murabbi, semat di hati, nasihatnya kami patuhi
..........indah nan manis, riang nan menerawang andaianya kami temui
Kerana budi jasanya  penuh bermakna memintal ilmu tanpa jemu
Leluhur percikan mutiara, sinar cerna bercahaya
Segagah namamu disepoh daripada nama cendikia, UNGKU AZIZ
Ikrar dan sumpah keramat kami , mahu tumpahkan khidmat bakti sakti
Walaupun bukan di sini, di mana jua kami berdiri

SUA..apakah pesananmu kepada kami?
SUA..apakah permintaanmu kepada kami?
SUA..apakah permintaan kami kepadamu?

Alumni ini, tidak henti di sini
Alumni ini bergerak dan berarak, sederap sekata seia
Alumni ini wadah pertemuan, kami seangkatan SPM 74-75 dan sewaktu dengannya
Alumni ini bisa kita tegar untuk membunggar, anak-anak kita ke persada dunia fana; yang penuh pancoraba, yang melambai kebangkitan bangsa bersendi agama Ad~din
yang anak-anak kita tidak seperti masa kita , walaupun udara yang sama

Puisi ini bingkisan hati,
teman yang masih menghirup udara nyaman, sasa tubuh yang gemal , kuat beramal
teman yang masih ceria paduka, ketawa hilai,
teman yang membilang tasbih bekal hari usia perak, emas dan intan
teman yang sayang menyanyang
teman yang hari ini ketemu..entahkan esok dia pamit berlalu tak ketemu-temu
teman yang pulang ke jalan pulang-Nya

Kami anak SUA
Pada-Mu ya Rabbi
Mohon dirahmati, diberkati, dilindungi, disyafaati, diampuni
“bertemu dan ketemu kerana-MU”
“berpisah gelisah, resah kerana-MU”
Ikatan kasih kami pintal tali-temalinya
Buat menyapa si air mata, walaupun seketika...

Kami anak SUA...amin ya Rabbal ~ alamin.

Mashudi Bahari
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
1 Disember 2013 bersamaan 2 Safar 1434 Hijri
Dinihari...



JASAMU DIKENANG

Tanpa guru siapalah kita.Guru mengajar dan membimbing muridnya hingga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Antara guru-guru yang dapat kami kesan adalah Tuan Haji Hassan bin Juremi , Puan Hajah Kamariah binti Mat Yatim dan Hajah Sabariah binti Hamzah.Kami berbangga kerana ketiga-tiga guru ini dapat hadir ke Majlis Perjumpaan Alumni SUA SPM 1974-75 pada 25 Disember yang lalu.

Semasa kami di tingkatan lima beliau mengajar kami subjek Pendidikan Jasmani dan melatih atlit sukan peringkat sekolah dan daerah.Beliau dapat mengekalkan susuk badan dan kesihatan seperti mana masa muda.Alamat beliau di Sabak Bernam ialah No 18 Jalan Melati, Jalan Taman Pertama,45200 Sabak Bernam Selangor.


Puan Hajah Kamariah pula adalah merupakan guru asrama puteri SUA dan banyak membimbing murid-murid perempuan semasa perkhidmatannya selain mengajar subjek Matematik.Beliau tinggal di No 535 Taman Sentosa,45200 Sabak Bernam, Selangor.Beliau sekarang adalah ibu tunggal setelah kematian suaminya Almarhum Tuan Haji Kassin bin Ismail.


Hajah Sabariah binti Hamzah juga asrama puteri SUA yang tidak kurang prihatinnya terhadap murid-murid yang menghuni asrama puteri selain mengajar subjek Geografi.Alamat tetap beliau ialah No 5803 Taman Aman,Jalan Gertak Tinggi,45200 Sabak Bernam,Selangor.


Di alam persaraan ini Hajah Sabariah dan Puan Hajah Kamariah selalu kami temui bersama kerana keduanya adalah rakan akrab sejak menjadi guru asrama lagi.

Terima kasih cikgu, jasamu tetap kami kenang sampai bila-bila.

Friday 3 January 2014

MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI SUA SPM 1974-75

Idea mengadakan majlis perjumpaan sudah lama dirancang sejak 2011 lagi.Namun kekangan demi kekangan telah menyebabkan rancangan ini ditunda sekian lama.Setelah dapat dihimpunkan nama-nama alumni melalui saudara Isnaini Sanusi (SPM 1974),saudari  Mohhaini Ismail (SPM 1975) dan saudari Sufiah Haji Anuar (SPM 1975) barulah idea mengadakan majlis perjumpaan alumni timbul semula.Mesyuarat perlantikan AJK diadakan di rumah saudara Sulam bin Iskandar ketika majlis walimah di rumahnya hampir selesai.



Ini diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kali 1 di adakan di bilik mesyuarat Syarikat Zhulian milik alumni :Saudara Hamidin bin Sairi pada 17 November 2013.

Saudara Haron Amir telah mempengerusikan mesyuarat



Sungguh tidak disangka buat kali pertama mesyuarat JK Pelaksana diadakan kehadirannya amat menggalakkan dengan penyertaan 15 orang alumni.

Mesyuarat kedua diadakan di Dewan Profesor SMK Ungku Aziz dan disertai 10 orang alumni.


Walaupun tidak ramai, alhamdulillah segala keputusan mesyuarat dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang.

Selesai memasang banner sehari sebelum majlis.

 Ketibaan alumni pada hari majlis 25 Disember 2013 jam 2.00 petang menggamit memori.


Keceriaan tergambar di wajah mereka


 Pengerusi Majlis: Saudara Mohamed bin Mahmod

 Ucapan Pengerusi Alumni: Saudara Haron bin Amir

Ucapan Pengetua SMK Ungku Aziz : Puan Hajah Faridah binti Mat Ariff.

Sumbangan Alumni untuk sekolah.


 Menu hitea yang pelbagai


Tidak ketinggalan apam Johol,putu cawan, lemper dan agar-agar jeli.

Sesi fotografi mengakhiri perjumpaan

 Alumni SUA SPM 1974

Alumni SUA SPM 1975

Semoga kita bertemu lagi di lain kali.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan